Sunday, 18 October 2015

Sunday, 13 September 2015

TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Tips menjelang peperiksaan:
1-Pastikan segala tajuk telah diulangkaji.Elakkan dari tebuk tebuk atau pilih tajuk.Bila telah menguasai semua tajuk,kamu akan masuk ke dalam dewan peperiksaan dengan keyakinan yang sangat tinggi,tidak cemas malah kamu akan berasa rileks dan tenang.Sebab itu jangan sekali –kali ‘study last minute’.Bersiap sedia dari awal tahun lagi.
2.Malam peperiksaan:
~Elakkan tidur lewat malam.Sebelum tidur tunaikan solat sunat taubat dan baca Al-Quran.Mohon pada Allah agar keesokan harinya diberi ketenangan dan kemudahan untuk menduduki peperiksaan.
~Bangun pagi setengah jam sebelum azan subuh berkumandang.Dengan itu kamu sempat untuk solat sunat tahajud dan solat hajat.Setelah selesai solat subuh bacalah surah Ar Rahman pula.
~Kalau duduk di asrama minta pada ayah dan ibumu untuk menunaikan solat Hajat agar urusan kamu dipermudahkan nanti.Jangan lupa minta ampun dan maaf atas segala kesalahan kamu dan minta halalkan segala-galanya.
~Berikan jadual peperiksaan kepada ayah dan ibu.Pesan sungguh-sungguh pada mereka agar sentiasa mendoakanmu sepanjang kamu menduduki peperiksaan pada hari tersebut.Sesungguhnya doa seorang ibu itu sangat makbul apatah lagi dalam keadaan si ibu itu berpuasa.
~Sebelum masuk ke dewan peperiksaan banyakkan doa dan selawat.Bacalah surahAl-Insyirah(Alam Nasyrah).Masuk ke dalam dewan atau bilik peperiksaan dengan langkahan kaki kanan dan ucaplah Bismillah.
~Apabila duduk sahaja di atas kerusi,sebelum soalan dibuka bacalah doa dengan bersungguh-sungguh,minta pada Allah agar diberikan kefahaman yang baik,kekuatan untuk menulis dan membuat pilihan jawapan yang tepat.
~Jika terlupa isi-isi penting ketika sedang menjawab banyakkan selawat,minta bantuan Allah s.w.t.Akal kita ini anak-anak ….Allah yang punya.DIA yang cipta maka pohonlah kepada penciptanya itu agar menganugerahkan kepada kita akal yang cerdas,kuat ingatan dan diilhamkan jawapan yang bernas.
~Jawab dengan tekun.Usah peduli rakan –rakan di sekelilingmu.Manfaatkan setiap saat untuk meneliti jawapanmu sehinggalah ke titik yang terakhir sehingga kamu berasa sangat berpuas hati.
~Setelah selesai menjawab ucaplah syukur Alhamdulillah dan bertawakallah kepada Allah.
~Sepanjang menunggu keputusan pepriksaan,teruskan solat hajat mohon pada Allah agar pemeriksa kertas yang ditakdirkan memeriksa kertas kamu itu dilembutkan hatinya,dimurahkan hatinya untuk memberikan markah yang baik di atas setiap jawapan yang telah kamu berikan.Sesungguhnya anak-anak, pemeriksa kertas jawapan kamu itu adalah manusia yang hati dan jiwanya juga milik Allah.Mintalah kepada Allah agar mereka itu bersifat pemurah dan kasihan belas kepada setiap jawapan yang telah kamu berikan.
~Yakinlah .Allah tidak akan sekali kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya.Siapa yang telah berusaha bersungguh-sungguh pasti Allah akan memberikan balasan dan ganjarannya.Anda buat.anda dapat!!InsyaAllah
PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN
QALBI:
1. Jauhila perkara-perkara maksiat dan mazmumah..contoh derhaka (tak mendengar kata) pada ibu bapa, ber'gossip', mengejek, gelaran yang tidak baik, 'dating' dan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah dan Rasul..
2. Minta maaf pada semua orang, jumpa guru- minta halalkan ilmu dan maafkan orang lain (bukan masa hari raya je..)..
3. Bagi yg susah nak mengingat apa yg telah dipelajari..cuba hafaz beberapa ayat atau surah dari Al-Quran..bila dah mula menghafaz ayat-ayat suci alQuran ni, secara tak langsung memudahkan kita mengingati fakta-fakta dalam pelajaran.
4. Qiamullail - bangun pada tengah malam...menguatkan keyakinan dan kemantapan jiwa. Amalkan solat2 sunat seperti tahajud, taubat, hajat, istikharah dan witir (sekurang-kurangnya)
'AQLI:
1. Mind setting - anggap peperiksaan sesuatu yang positif..
2. Berlatih menjawab soalan seperti dalam peperiksaan sebenar
kadang-kadang soalannya berulang-ulang dan bagi mata pelajaran matematik, perlu kepada banyak latihan untuk memantapkan kemahiran yang ada
3. Kenal pasti kawan di sekitar anda di dewan peperiksaan
Perkara-perkara sebegini penting walaupun nampak agak remeh. Terutama calon peperiksaan yang ramai di dalam dewan ditambah dengan perasaan gemuruh menyebabkan calon tak jumpa tempat duduk sendiri.
JASADI:
1. Kesihatan
"Al-'aqlus salim fi jismis salim - akal yang cerdas dari badan yang cergas". Antara cara untuk menjaga kesihatan ialah :
a) Tidur yang cukup - Pendekatan Imam Ghazali ialah 1/3 untuk belajar, 1/3 untuk rehat dan 1/3 untuk bermunajat kepada Pencipta
b) Jaga pemakanan - Firman Allah : Makanlah daripada makanan yang baik yang telah Kami berikan. (surah al-Baqarah 2:57)."Baik" di sini bermaksud sumber yang halal dan berkualiti.
c) Riadah - Riadah penting bagi melancarkan peredaran darah ke seluruh anggota badan. Ingat!Otak kita memerlukan oksigen dan glukosa untuk berfungsi dengan cemerlang.
2. Keselamatan
Jauhkan diri daripada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan dan kecelakaan pada diri.

Saturday, 12 September 2015

Aku Wanita

Aku Wanita...

       
Aku Wanita Biasa...
Kadangkala kita tidak dapat meluahkan dengan kata-kata...
Cuma ayat demi ayat yang ditulis, yang lahir dari hati menggambarkan setiap apa yang kita rasa, apa yang kita lihat dan apa yang kita dengar. Dengan menulis kita akan rasa lega dan puas....

Aku cuma wanita biasa...
Yang hanya mampu bermimpi ...
Yang ingin menggapai pelangi...
Sedangkan hakikatnya...
Aku tahu pelangi itu akan pergi...
Akan tinggalkan aku...
Sendiri....

Aku cuma wanita biasa...
Hanya mampu melihat bintang-bintang berkerlipan...
Di dada langit...
Cahayanya cukup indah...
Tapi...
Aku tahu aku tidak bisa memiliki cahaya itu...
Aku cuma manusia biasa...
Yang mengimpikan istana indah bersama dirimu...
Aku tahu...
Mimpiku itu terlalu jauh ke depan...
Walhal sebenarnya aku tidak layak...
Untuk bermimpi tentang itu...
Atau...
Memikirkannya sama sekalipun...
Ketahuilah...
Kalau ditanya padaku soalan siapa dirimu dihatiku...
Dikaulah...
Nafasku...
Degupan jantungku...

Semuanya...
Akan terhenti, mati...
Apabila dikau...
Tidak lagi denganku...

Dikau adalah...
Anugerah terindah dalam hidupku...
Menyinari hidupku...
Seperti matahari yang memancarkan sinarnya setiap pagi...
Seperti angin yang membelai tubuhku perlahan...
Menenangkanku....
Mendamaikanku...
Di ketika aku bersamamu...

Ketahuilah...
Aku hanya wanita biasa...
Yang mencintaimu setulus hati...

N-Shiem-h... 12-9-2015 @ sabtu

Monday, 7 September 2015

SEMOGA BERJAYA SEMUA....BATCH 2015

YA ALLAH
Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan dengan betul.
YA ALLAH
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.
Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat.
YA ALLAH
Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.
YA ALLAH
Jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.
YA ALLAH
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami , tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat2 ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Aamiin

SAHABAT...

Kadang - kadang sahabat yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit......
Kadang - kadang sahabat yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.......
Kadang - kadang sahabat yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka......
Kadang - kadang yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang sahabat......
Kadang-kadang sahabat yang selalu SMS DAN WATTSAPP anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka INGAT PADA ANDA.......
Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.
Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing........
Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?".....
Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,
"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA." .... ..
TERIMA KASIH SAHABAT

Sunday, 6 September 2015

SEMOGA BERJAYA ( candidate UPSR 2015 )

Esok periksa dah...buat yang terbaik tau.. jangan hampakan harapan orang2 yg disayangi... Cikgu sentiasa doakan agar kalian berjaya
TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN...

Persediaan Qalbi..

1. Dilarang dan jauhilah perkara-perkara maksiat dan mazmumah..contoh derhaka (tak mendengar kata) pada ibu bapa, ber'gossip', mengejek, gelaran yang tidak baik, 'dating' dan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah dan Rasul..
2. Minta maaf pada semua orang, jumpa guru- minta halalkan ilmu dan maafkan orang lain (bukan masa hari raya je..)..
3. Bagi yg susah nak mengingat apa yg telah dipelajari..cuba hafaz beberapa ayat atau surah dari Al-Quran..bila dah mula menghafaz ayat-ayat suci alQuran ni, secara tak langsung memudahkan kita mengingati fakta-fakta dalam pelajaran.
4. Qiamullail - bangun pada tengah malam...menguatkan keyakinan dan kemantapan jiwa. Amalkan solat2 sunat seperti tahajud, taubat, hajat, istikharah dan witir (sekurang-kurangnya)



Persediaan 'Aqli

1. Mind setting - anggap peperiksaan sesuatu yang positif..
2. Berlatih menjawab soalan seperti dalam peperiksaan sebenar
kadang-kadang soalannya berulang-ulang dan bagi mata pelajaran matematik, perlu kepada banyak latihan untuk memantapkan kemahiran yang ada
3. Kenal pasti kawan di sekitar anda di dewan peperiksaan
Perkara-perkara sebegini penting walaupun nampak agak remeh. Terutama calon peperiksaan yang ramai di dalam dewan ditambah dengan perasaan gemuruh menyebabkan calon tak jumpa tempat duduk sendiri.



Persediaan Jasadi
1. Kesihatan
"Al-'aqlus salim fi jismis salim - akal yang cerdas dari badan yang cergas". Antara cara untuk menjaga kesihatan ialah :
a) Tidur yang cukup - Pendekatan Imam Ghazali ialah 1/3 untuk belajar, 1/3 untuk rehat dan 1/3 untuk bermunajat kepada Pencipta
b) Jaga pemakanan - Firman Allah : Makanlah daripada makanan yang baik yang telah Kami berikan. (surah al-Baqarah 2:57)."Baik" di sini bermaksud sumber yang halal dan berkualiti.
c) Riadah - Riadah penting bagi melancarkan peredaran darah ke seluruh anggota badan. Ingat!Otak kita memerlukan oksigen dan glukosa untuk berfungsi dengan cemerlang.


2. Keselamatan

Jauhkan diri daripada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan dan kecelakaan pada diri.
 

Hari raya bersama mereka

Dulu...mereka anak murid..kini dah besar2.. cikgunya pon dah kalah..masih teringat sewaktu mereka kecil.. ermmmm

memori tercipta bersama 6 sabar 2014 at srai19


Inilahyang dikatakan kenangan... banyak kenanganku adalah bersama anak2 murid.. Sebab bagiku tiada sesuatu yang indah melainkan kita dapat merasai dan mendalami jiwa mereka. Kita kena selami jiwa mereka dan jadikan mereka seperti rakan kita.. tak perlu kita nak mereka terlalu respect sgt la kan kat kita ni...cukup sekadar mereka hormat kita dan kita pon hormat mereka. Suatu hari nanti pasti mereka akan datang juga mencari kita. Niat kena ikhlas.. Barulah kita dapat menjiwai bertapa bestya jadi seorang guru ni.. Percayalah....

Hati-hati selalu...

 
Bila bicara soal hati..... 
Susah kan nak jaga hati orang ni...ermmmm.... macam tu lah..balik2 hati kita jugak yang akan terluka... Adoi... Sengaja buat video ni sebab ianya suatu kepuasan buat kita... Saksikanlah..kipidap
 

Tuesday, 26 May 2015